Bungie yang dikenali ramai sebagai pembina francais Destiny sudah memecat 220 orang staf yang mewakili 17% daripada keseluruhan staf yang ada.
Pengumuman ini dibuat oleh Ketua Pegawai Esekutif Bungie Pete Parsons. Pemecatan ini dibuat disebabkan kos pembangunan dan masalah ekonomi.
This morning, we shared an important update with the Bungie team on the difficult decision to eliminate 220 roles at Bungie.
You can read the full statement below.https://t.co/FVkWNSWDtZ
— Bungie (@Bungie) July 31, 2024
Menurut Parsons juga, 155 staf yang lain akan dipindahkan ke Sony Intractive Entertainment.
Bungie mempunyai lebih 1,200 jumlah staf pada tahun lepas sebelum memecat staf mereka sebanyak 100 orang tahun lepas sekaligus menyebabkan expansion Destiny 2: The Final Shape ditunda.
“Kami kini bekerjasama dengan PlayStation Studios untuk pembikinan projek baharu iaitu permainan video aksi dengan tema sains fiksyen dan fantasi,” ujarnya lagi.
Parsons juga mengatakan Bungie membesar dalam kadar yang terlalu pantas dan unit kepimpinan terpaksa dibahagikan untuk banyak projek.
“Kami terlalu bercita-cita tinggi sehingga masalah kewangan berlaku,” tambah Parsons.
Ini bermakna Destiny 2 bakal menghadapi masalah dari segi pembangunan kerana ramai staf mereka sudah dipecat.

setahun yang lepas