Apex Legends kini mengalami kejatuhan, hanya 100,000 pemain purata direkodkan di Steam, angka terendah sejak 2021. Walaupun peta baru dan senjata dua tangan diperkenalkan dalam Musim 22, kandungan terkini nampaknya tidak berjaya menarik perhatian pemain.
Namun, harus diakui, Apex masih salah satu permainan paling popular di Steam dengan puncak pemain harian hampir 200,000. Ia masih sebuah permainan video besar dengan komuniti pemain yang ramai.
Melihat kepada trend jumlah pemain, Musim 20 sebenarnya memberikan lonjakan besar untuk permainan dari segi pemain serentak dan pemain puncak. Musim 21 mengekalkannya pada Mei tahun ini, tetapi jumlah pemain turun dengan cepat, menunjukkan penurunan yang ketara berbanding Musim 20.

Musim 22 kini mencatatkan angka rendah baru dengan kurang daripada 100,000 pemain purata dan 249,000 pemain puncak. Ini hampir separuh daripada jumlah puncak yang dicapai Apex pada Februari tahun ini, menunjukkan penurunan minat yang jelas terhadap permainan ini.

Ini mungkin disebabkan beberapa faktor. Karakter baru Musim 21, Alter, tidak begitu mendapat sambutan. Dia mempunyai kadar penggunaan yang rendah dan kebolehan yang sangat bergantung kepada komunikasi dengan rakan pasukannya, menjadikannya pilihan yang meragukan dalam mod solo.
Senjata dual Mozambique juga menjadi topik kontroversi, dengan pembangun tidak mengurangkan kuasanya selama beberapa minggu walaupun shotgun akimbo ini menguasai meta.
Apex Legends perlu melakukan sesuatu kelainan dalam Musim 23 untuk menarik kembali pemain dan menghentikan penurunan ini jika ia ingin kekal sebagai salah satu battle royale paling popular di dunia.
Foto: Dexerto
Artikel ini diterjemah dari Dexerto. Artikel asal boleh dibaca di SINI.
Follow kami di WhatsApp, Instagram dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

setahun yang lepas