Bos lagenda Tekken, Katsuhiro Harada meninggalkan Bandai Namco selepas 30 tahun

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Katsuhiro Harada semalam mengumumkan pemergiannya dari Bandai Namco.

Dia yang kini berusia 55 tahun berjaya membina francais Tekken dalam lebih 30 tahun sehinggalah Tekken 8 yang baru sahaja dilancarkan tahun lepas.

Pengumuman ini dibuat di laman X Katsuhiro Harada sendiri.

Foto: Bandai Namco

Beliau juga mengatakan keputusan ini bukan mudah untuk dilakukan dan dia sudah mengikuti nasihat dari Ken Kutaragi — Bapa PlayStation untuk membuat keputusan berhenti dari Bandai Namco.

Harada menyertai Namco pada awal 90-an untuk membangunkan Tekken versi arked. Selepas beberapa tahun bekerja dia kini menjadi ‘wajah’ untuk Tekken.

Dia kini dikenali ramai dengan trademark memakai kaca mata hitam dan menunjukkan penumbuk sebagai menyokong Tekken ‘The King of Iron Fist’.

Pada tahun 1998, Harada dipuji ramai selepas mengeluarkan Tekken 3 yang dianggap sebagai salah satu permainan video berlawan terbaik sehingga sekarang.

Adakah hala tuju Tekken selepas ini bakal berubah dalam skala yang besar?

RELATED NEWS

+