Dua permainan Tomb Raider baharu diumumkan

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Lara Croft adalah antara karakter wanita paling ikonik dalam dunia permainan video.

Sejak kemunculannya pada tahun 1996, bersempena ulang tahun ke 30 tahun  hadapan, dua permainan baru Tomb Raider telah diumumkan.

Dua permainan tersebut ialah Tomb Raider: Legacy of Atlantis dan Tomb Raider: Catalyst dan dibangunkan oleh Crystal Dynamics.

Tomb Raider: Legacy of Atlantis

Tomb Raider: Legacy of Atlantis ialah remake kepada permainan asal Tomb Raider.

Foto: Crystal Dynamics

Pemain akan menjadi Lara Croft dengan rekaan ikonik baju biru pirus (turquiose), berseluar pendek bersama dua pistol yang menjadi senjata kegemaran Lara.

Lara Croft akan mengembara ke hutan di Peru, runtuhan purba Yunani, padang pasir Mesir dan kepulauan Mediterania yang penuh misteri.

Permainan ini akan dilancarkan pada tahun 2026.

Tomb Raider: Catalyst

Tomb Raider: Catalyst pula ialah sambungan kepada trilogi Tomb Raider yang telah tamat pada tahun 2019.

Lara kini lebih berusia menunjukkan dia telah melalui banyak liku kehidupan.

Setakat ini penceritaan Tomb Raider: Catalyst masih belum diketahui.

Permainan ini akan dilancarkan pada tahun 2027.

Tarikh sebenar pelancaran masih belum diumumkan dan kedua-dua permainan ini akan dilancarkan di pelantar PlayStation 5, Xbox Series X|S dan Steam.

RELATED NEWS

+