Seorang pemain dan peminat tegar PlayStation telah melanggan PS Plus untuk 24 tahun yang akan datang dengan harga AS$ 2,000 (RM 8,738).
Hal ini dibuat kerana pemain itu mahu mengelak dari membayar harga PS Plus yang kian meningkat.
Pembelian ini telah dikongsikan di Reddit oleh r/On_Reddit_In_Class.
Lads, I did it. Subscribed to PS Plus until 2048.
byu/On_Reddit_In_Class inPlayStationPlus

Foto: Sony PlayStaion
Dia telah melanggan PS Plus sehingga tahun 2048 dan disebabkan dia akan bermain game untuk jangka masa yang lama langganan ini boleh dikatakan sangat menjimatkan duit untuk jangka masa panjang.
PS Plus di Malaysia juga telah dinaikkan harganya tahun lepas dan harga PS Plus menjadi sangat mahal daripada biasa.
Harga langganan PS Plus kini beharga RM 55 bagi Deluxe, RM 49 bagi Extra dan RM32 bagi Essential.
Penganalisa juga mengatakan harga PS Plus berkemungkinan akan meningkat lagi pada masa hadapan.

setahun yang lepas