Pasukan berasal dari Filipina, Harame BRO muncul juara Liga Challengers PUBG Mobile (PMCL) Asia Tenggara (SEA) musim luruh 2024 sekali gus berjaya mengunci slot mereka ke kejohanan Global PUBGM 2024.
PMGC 2024 akan dianjurkan di London, UK pada 6 Disember hingga 8 Disember ini.
Satu lagi pasukan iaitu OSJA Esports dari Kemboja yang menunjukkan saingan hebat di peringkat kumpulan bagaimanapun ditunjukkan jalan keluar oleh Harame BRO di playoffs.
Harame menjadi pasukan Filipina yang memenangi PMCL SEA 2024 berturut-turut untuk edisi musim panas dan musim luruh, membawa pulang wang tunai AS$8,100 (RM34,000) sebagai juara.
Sementara itu PMGC akan memulakan peringkat kumpulan mereka bermula 31 Oktober hingga 24 November ini. 15 pasukan bersaing untuk menjadi yang terbaik di Excel Auditorium, London di mana 18 perlawanan akan dimainkan setiap hari.
Follow kami di WhatsApp, Instagram, Facebook dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

setahun yang lepas