Seorang intern (pelatih industri) di Shanghai telah berhenti kerana syarikat yang dijalani latihan industri menekan dia untuk memberikan kad grafik NVIDIA yang dimenanginya dari cabutan bertuah.
Intern tersebut telah dihantar oleh syarikat itu dengan bayaran penuh untuk ke satu acara NVIDIA di Suzhou, China pada 14 November lepas.

Foto: Overclock 3D
Dia telah menyertai satu cabutan bertuah dan memenangi NVIDIA RTX 5060 yang bernilai 3,000 yuan (RM1,752).
Pada hari yang sama, seorang rakan sekerja di syarikat itu memberitahu bahawa Bahagian Kewangan syarikat itu mengatakan dia perlu memberi kad grafik tersebut kerana mereka telah membayar perjalanan pergi.
Namun, Bahagian Kewangan sebenarnya tidak memaklumkan apa-apa tetapi hanya kerana rakan sekerja itu cemburu dengannya.
Syarikat mengarah intern untuk memberikan kad grafik
Setelah seketika, syarikat tersebut tahu mengenai perkara ini dan juga mengarahkan intern tersebut untuk memberikan kad grafik tersebut kepada syarikat.
Dia telah dipanggil ke beberapa perjumpaan bersama pihak atasan dan juga membuat keputusan yang sama.
Setelah beberapa kali menekan, intern tersebut terus berhenti sekaligus menyimpan kad grafik itu.
Cerita ini telah viral di beberapa laman sosial China dan dikongsikan di Reddit.

setahun yang lepas