Kolaborasi SEGA dan Atlus terbang bersama AirAsia!

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

AirAsia, SEGA dan ATLUS mengumumkan kolaborasi yang membawa dua francais ikonik mereka iaitu Sonic the Hedgehog dan Persona 5.

Anda boleh melihat kapal terbang yang akan dipenuhi dengan rekaan dua francais ini.

Foto: AirAsia

Kolaborasi ini adalah salah satu kempen ‘ The Colour Of Connection’ yang dijalankan oleh AirAsia brand co.

Tambahan lagi, kolaborasi ini dijalinkan untuk membawa francais game terkenal ini ke udara sekaligus menunjukkan komitmen AirAsia menyambungkan orang ramai dengan semangat keseronokan dan hiburan.

Kolaborasi ini akan membawa dua kapal terbang A330 dengan rekaan ikonik dari Sonic the Hedgehog bersama-sama Tails, Knuckles, Amy Rose dan Shadow.

Foto: AirAsia

Persona 5 juga akan membawa karakter Joker dan Morgana untuk kapal terbang Airbus A320.

Foto: AirAsia

Menu khas kapal terbang juga dibuat iaitu kek Sonic’s Golden Ring dengan tema cincin emas dari dunia Sonic.

Selain itu beberapa barangan eksklusif juga akan dijual iaitu model kapal terbang AirAsia dengan rekaan Sonic dan model kapal terbang dengan rekaan Persona 5.

Foto: AirAsia

Foto: AirAsia

 Dua pin Sonic dan Shadow juga akan dijual dan key-chain eklusif Persona 5 akan dijual bersama.

 

Peminat Sonic the Hedgehog dan Persona 5 boleh menjangkakan kapal terbang mereka akan membawa tema kedua-dua francais ini!

RELATED NEWS

+