Kostum Sonic the Hedgehog akan muncul dalam Fall Guys

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Mediatonic dan Devolver Digital mengumumkan kolaborasi bersama SEGA untuk menghasilkan kostum Sonic the Hedgehog dalam Fall Guys: Ultimate Knockout.

Kostum tersebut akan mula dijual pada 14 Oktober ini. Ia boleh dibeli pada harga 10 Crowns (5 Crown untuk bahagian atas dan 5 Crown untuk bahagian bawah).

Selain daripada badan Sonic yang berwarna biru, ia juga mengandungi sarung tangan putih dan kasut merah watak tersebut. 

Fall Guys: Ultimate Knockout kini boleh dibeli untuk PC dan PlayStation 4 (PS4). Musim Kedua permainan ini baru sahaja dilancarkan pada minggu lepas.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+