Maqna Esports Club (MEC) berjaya menjuarai kejohanan Siri Dunia Free Fire (FFWS) Malaysia 2025 musim luruh pada 2 Ogos lalu sekaligus menunjukkan dominasi mereka sebagai pendatang baru di peringkat kebangsaan.
Dengan kemenangan ini, mereka layak ke kejohanan FFWS Asia Tenggara musim luruh 2025. Mereka akan menyertai dua pasukan lain iaitu Todak dan Expand sebagai wakil negara.
Kejohanan FFWS Malaysia diadakan di ESI Hub @ Spacerubix di Puchong, Selangor dengan kedatangan lebih 500 pengunjung yang hadir memberikan sokongan.
Saksikan sedutan perlawanan grand final di bawah:
MEC diwakili oleh kapten pasukan, Noor Irfan Haqeemy (MEC.RAINE), Alif Mok’ta (MEC.ALIFF) selaku in-game leader, Raymiel L. Romero (MEC.RAYMIEL), Aryand Iskandar (MEC.YANNZ) dan Danny So (MEC.GETBU).

setahun yang lepas