Mod enam lawan enam dalam Overwatch 2 akhirnya bakal tiba menurut pengumuman dari Pengarah Permainan Blizzard Entertainment, Aaron Keller.
Musim ke-14 OW2 akan menjalankan ujian enam lawan enam bagi melihat reaksi peminat terhadap perubahan ini. Ujian pertama, dipanggil “Min 1, Max 3,” membenarkan sehingga tiga pemain dari satu kelas, dengan sekurang-kurangnya satu dari setiap kelas.
Ujian kedua akan memperkenalkan komposisi klasik “2-2-2” dengan perubahan keseimbangan, termasuk pengurangan kuasa tank. Mod lima lawan lima juga akan diuji dengan ujian “Limit 2” dan “Kingmaker” yang membatasi peranan hero.

Foto: DOTEsports
Usaha ini adalah untuk memastikan Overwatch 2 memenuhi keperluan pemain, dengan kedua-dua pilihan lima lawan lima dan enam lawan enam tersedia. Musim ke-14 akan bermula pada bulan Disember dan akan memperkenalkan seorang hero tank baru.
Artikel ini diterjemah dari DOTEsports. Artikel asal boleh dibaca di SINI.
Follow kami di WhatsApp, Instagram dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

setahun yang lepas