OPPO A6 Pro 5G dilancarkan – harga RM1,199, reverse charging, kekal lancar sehingga 60 bulan

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Direka untuk prestasi konsisten dan pengalaman pintar setiap hari, OPPO A6 Pro 5G menetapkan penanda baharu bagi telefon pintar kelas pertengahan.

Dengan reka bentuk bergaya dan ciri berkuasa, ia memberikan keseimbangan ideal antara prestasi, kecekapan dan kemudahan untuk kegunaan kerja mahupun hiburan. Dikuasakan oleh ColorOS 15, pengguna dapat menikmati pengalaman penggunaan yang lebih lancar, respons pantas dan visual yang halus pada setiap sentuhan.

Buat pertama kali dalam siri A, ColorOS 15 menggabungkan dua enjin pengoptimuman utama OPPO iaitu Luminous Rendering Engine dan Trinity Engine bagi memastikan operasi yang pantas, stabil dan cekap.

Teknologi ini meningkatkan kestabilan kawalan sehingga 40% serta mempercepatkan tindak balas dan pergerakan skrin untuk pengalaman yang lebih lancar dan efisien.

Menurut Monica Chin, Pengarah Pemasaran OPPO Malaysia, sistem baharu ini menawarkan kelancaran dan kestabilan premium, menjadikan setiap tugasan harian lebih mudah dan menyeronokkan.

Dari segi prestasi jangka panjang, OPPO A6 Pro 5G direka untuk kekal lancar sehingga 60 bulan, disahkan melalui ujian ketat OPPO. Fungsi One-Tap Refresh membolehkan pengguna meningkatkan prestasi sehingga 15% hanya dengan satu sentuhan, sambil mempercepatkan masa buka aplikasi harian.

Dikuasakan cip MediaTek Dimensity 6300, bersama 16GB RAM (8+8) dan storan 256GB, peranti ini sesuai untuk pemain tegar dan pengguna yang memerlukan kuasa multitasking tanpa gangguan.

Selain itu, A6 Pro 5G turut hadir dengan fungsi Reverse Charging, membolehkan pengguna mengecas peranti lain seperti fon telinga atau jam pintar menggunakan kabel OTG. Ciri AI LinkBoost 3.0 pula memastikan sambungan 5G kekal stabil walaupun dalam kawasan liputan lemah, manakala Outdoor Mode 2.0 memastikan prestasi optimum walau dalam cuaca panas.

Didatangkan dalam warna Coral Pink dan Stellar Blue pada harga RM1,199, pelanggan yang membeli antara 27 September hingga 27 Oktober ini akan menerima Gift Box OPPO bernilai RM169 dan Pelan Perlindungan OPPO Care bernilai RM828 melalui aplikasi My OPPO.

RELATED NEWS

+