Niantic syarikat disebalik Pokemon Go bakal menjual perniagaan permainan video mereka kepada syarikat Arab Saudi Scopely.
Perbincangan dan keputusan mengenai penjualan ini akan diumumkan dalam beberapa minggu sahaja lagi.
Harga yang sudah dibicarakan adalah sebanyak AS$3.5 bilion (RM15.54 bilion).
Kata sepakat untuk perkara ini akan termasuk permainan seperti Pokemon Go, Ingress, Monster Hunter Now, Pikmin Bloom, Peridot, dan Campfire.
Pokemon Go menjadi fenomena global pada tahun 2016 dengan menjana beberapa bilion keuntungan oleh Niantic. Ia dimuat turun lebih 500 juta pemain.
Setakat ini masih belum ada apa-apa komen daripada Niantic mahupun Scopely mengenai penjualan dan pembelian divisyen ini.
Rujukan:Bloomberg

setahun yang lepas