Pencipta Beyblade, Kenji Horikoshi mahu Beyblade menjadi sangat popular sehingga dimainkan di Olimpik.
Satu temubual dengan Metro melaporkan dimana Kenji Horikoshi mengatakan populariti Beyblade boleh membuatkan Takara Tomy betul-betul mahu Beyblade untuk dimainkan di Olimpik.
Beberapa staf berharap Beyblade suatu hari nanti boleh menjadi sukan Olimpik.
BEYBLADE GRAND FINALS RESET AT #CEOTAKU!!!https://t.co/df8sWgxtkx pic.twitter.com/r4CjiPT1OO
— CEOtaku (Dec 20-22) Reg Launching Soon (@CEOGaming) September 24, 2022
“Misi kami adalah memastikan inovasi yang berterusan untuk masa hadapan walaupun tidak menjadi sukan Olimpik. Kami hanya mahu memastikan ramai orang di seluruh dunia berpeluang untuk menikmati, bermain dan berlawan dengan semangat kompetitif,” ujar Horikoshi.
Beyblade adalah francais yang bermula pada tahun 1999 di mana pemain boleh menggunakan gasing untuk berlawan dalam satu arena.
Dunia kompetitif Beyblade juga semakin meningkat populariti dan acara antarabangsa seterusnya akan datang tahun ini.
Rujukan: Metro

setahun yang lepas