Selepas pelancaran Assassin’s Creed Shadows, Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba menyusulkan perkara ini di parlimen Jepun.
Beliau juga menyoalkan bagaimanakah cara untuk menangani masalah seperti Assassin’s Creed Shadows yang menunjukkan banyak tempat bersejarah di Jepun tanpa kebenaran.
Wake up, Ubisoft “defender,” and hear our voice! What kind of Assassin’s Creed game destroys an actual religious site? Japanese culture is consumed but receives no respect. Here is a perfect example. pic.twitter.com/UsfWMgy53n
— Shohei Kondo (@shoheikondo) January 31, 2025
Assassin’s Creed Shadows menceritakan tempat di zaman feudal Jepun tetapi menunjukkan beberapa babak dimana anda boleh menghancurkan tapak keagamaan.
Kerajaan Jepun mengatakan setiap individu perlukan kebenaran untuk menggunakan lokasi sebenar di Jepun terutamanya tapak keagamaan.
Menurut Hiroyuki Kada salah seorang ahli Parlimen jepun, beliau sudah bercakap dengan ahli agama dan menyoalkan samada Ubisoft sudah memohon kebenaran untuk menggunakan tokong mereka. Ahli agama itu mengatakan Ubisoft tidak memohon kebenaran.
“Sebagai contoh, jika sesuatu tempat atau benda itu dihormati dan dihargai selepas sekian lama – seperti Notre Dame di Perancis atau Al-Quran untuk orang Islam. Menunjukkan sesuatu klip dimana dua perkara ini tidak dihormati akan membuat ramai orang tidak senang.” ujar Hiroyuki Kada ahli House of Coucillors of Japan.
Perdana Menteri Jepun juga mengatakan dia akan mengambil tindakan undang-undang dengan badan kerajaan yang berkaitan untuk Assassin’s Creed Shadows.

setahun yang lepas