Pokemon GO telah dijual dengan harga RM15.5 bilion kepada syarikat Arab Saudi

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Satu syarikat Arab Saudi iaitu Scopely sudah bersetuju untuk membeli kesemua perniagaan permainan video Niantic.

Ini juga termasuk Pokemon GO dengan harga AS$ 3.5 billion (RM15.5 bilion).

Foto: Niantic

Scopely adalah salah satu syarikat yang dimiliki oleh Dana Pelaburan Awam Arab Saudi yang juga membeli Monster Hunter Now dan Pikmin Bloom.

Foto: Monster Hunter Now | Niantic

Niantic telah berjaya menjana lebih AS1 bilion (RM4.43 bilion) dengan lebih 30 juta pengguna aktif untuk tahun lepas sahaja.

Walaubagaimanapun, banyak permainan video lain yang keluar selepas Pokemon GO sukar untuk mendapat ramai pemain sehingga ada yang telah ditutup terus.

Foto: Scopely | Niantic

Scopely tidak akan mendapat teknologi mapping Niantic dengan nama baru Niantic Spatial. Teknologi ini akan berada di bawah naungan John Hanke iaitu Ketua Pegawai Esekutif  Niantic.

Niantic Spatial telah diberi dana AS$200 juta dari Niantic dan AS$50 juta dari Scopely.

Beberapa permainan video augmented-reality seperti Ingress Prime dan Peridot akan kekal berada di bawah Niantic Spatial.

 

RELATED NEWS

+