Pokemon Unite Asia Championship Finals akan diadakan di Malaysia

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Perlawanan akhir Pokemon Unite Asia Championship akan berlangsung di Malaysia bulan ini.

Pengumuman ini dibuat ketika Pokemon Presents.

Enam pasukan bakal bertanding di Pokemon Unite Asia Championship dari lima negara di mana 1 negara mempunyai dua pasukan yang layak.

Skuad Malaysia iaitu TeamMYS juga akan bertanding dengan seorang pemain dari Singapura.

Pasukan Pokemon Unite:

  • TeamMYS (Malaysia)
  • T2 (Jepun)
  • RISE (Indonesia)
  • Hi5 (Taiwan)
  • Revenant Esports (India)
  • Marcos Gaming (India)

Jumlah wang terkumpul untuk pertandingan kali ini adalah sebanyak RM270 ribu (AS$60.5 ribu)

Pertandingan ini akan bermula pada 18-19 Mac ini.

Pokemon Unite baru-baru ini juga ada mengeluarkan Pokemon All-rounder baharu iaitu Zacian.

RELATED NEWS

+