Public Investment Fund Arab Saudi bakal miliki 93% daripada Electronic Arts

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Pada September lepas, Electronic Arts (EA) telah mengesahkan mereka bakal dibeli oleh beberapa pelabur swasta.

Kini ia telah disahkan antara pelabur tersebut ialah Public Investment Fund Arab Saudi (PIF) Silver Lake dan Affinity Partners dalam transaksi AS$ 55 bilion (RM226 bilion).

Baru-baru ini Wall Street Journal mengesahkan PIF Arab Saudi bakal memiliki 93.4% syarikat EA tetapi pemilikan ini masih dalam fasa persetujuan.

Silver Lake Partners syarikat dari Amerika Syarikat dari Silicon Valley bakal memiliki 5.5%.

Manakala, Affinity Partners syarikat pelabran di bawah menantu Donald Trump iaitu Jared Kushner akan memiliki saham EA sebanyak 1.1%.

EA SPORTS FC™ 25 on Steam

Ini bermakna hampir semua kos yang perlu dibayar oleh PIF ialah AS$29 bilion (RM119 bilion).

Dilaporkan juga, PIF mempunyai dana yang banyak tetapi banyak lagi komitmen lain seperti projek mega untuk bandar baru Neom dan beberapa stadium untuk FIFA World Cup 2034. 

EA juga bakal berubah selepas ini tetapi semua ini hanyalah permulaan dan kita bakal melihat kemana arah tuju EA nanti.

RELATED NEWS

+