Rainbow Six Seige baru-baru ini telah telah menghadapi satu godaman terbesar mereka dimana server Rainbow Six Seige telah diserang.
Godaman ini menyebabkan ribuan akaun diharamkan dan bilion R6 Credits telah disebarkan ke semua akaun pemain.

Foto: Ubisoft
Ubisoft baru sahaja menyelesaikan masalah ini dengan memutarkan balik server dan data kepada keadaan sebelum godaman berlaku.
Kejadian ini bermula pada 27 Disember lepas, dimana pemain mendapat banyak credit di dalam akaun mereka termasuk Renown, Alpha Packs dan kosmetik eksklusif yang mereka tidak pernah dapatkan.
Pada masa yang sama banyak akaun telah diharamkan secara rambang dan pengharaman ini telah ditarik balik tidak lama kemudian.
BREAKING: Ubisoft Rainbow Six Siege servers have been breached.
Players are reporting massive amounts of R6 Credits, Renown, Alpha Packs, and exclusive items unexpectedly.
Numerous accounts even Ubisoft, including streamers’ and possibly official ones, have received random or… pic.twitter.com/9hGNbBCMAm
— Pirat_Nation 🔴 (@Pirat_Nation) December 27, 2025
Pemain serata PC dan konsol telah mengongsikan mereka telah mendapat banyak R6 Credits ke dalam akaun mereka. Jumlah keseluruhan R6 Credits boleh dikatakan mencecah bilion.
Ubisoft kini telah mengembalikan kesemuanya kepada asal dan pemain yang menggunakan R6 Credits hasil godaman tidak akan diharamkan tetapi semua transaksi akan dikembalikan kepada asal.
➡️ Nobody will be banned for spending credits received. A rollback of all transactions that occurred since 11 AM (UTC time) is underway.
➡️ The ban ticker was turned off in a past update. Any messages seen were not triggered by us.
➡️ An official R6 ShieldGuard ban wave did… https://t.co/zbPYDJQa3O
— Rainbow Six Siege X (@Rainbow6Game) December 27, 2025
Ubisoft juga memberitahu beberapa pemain akan mempunyai sedikit isu dengan inventori mereka dan siasatan akan dilakukan untuk memperbetulkannya semula.

setahun yang lepas