realme bakal melancarkan siri realme 13 5G pada 17 Oktober

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Jenama telefon pintar yang pesat berkembang, realme akan melancarkan siri realme 13 5G pada 17 Oktober ini.

Dinamakan sebagai Gaming Dominator, realme 13+ 5G dan realme 13 5G menawarkan cip pemprosesan MediaTek Dimensity, sistem penyejukan terbaik, pengecasan pantas dan kapasiti bateri lebih besar.

realme 13+ 5G menggunakan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 7,300 yang didapati di peranti pintar berharga RM2,500 dan ke atas. 

Ia juga menyokong mod 90fps untuk Call of Duty: Mobile, MLBB, Free Fire, Honor of Kings dan PUBG Mobile. Pemain juga boleh menaikkan FPS ke 120fps dan menikmati kualiti grafik yang tinggi dalam permainan. 

Selain itu, ia menawarkan pengecasan pantas 80W sementara model realme 13 5G dengan pengecasan 45W.

realme 13+ 5G juga akan menjadi peranti pintar rasmi bagi kejohanan Honor of Kings (KC 2024) di Jakarta, Indonesia.

Kejohanan ini akan bermula dari 12 Oktober hingga 27 Oktober, membariskan pasukan-pasukan hebat dari serata dunia. Malaysia mempunyai tiga wakil iaitu Black Shrew Esports (BSE), Team Secret dan NOVA Esports.

Sebanyak AS$1 juta (RM4.2 juta) bakal direbut 16 pasukan terbaik HOK. 


Follow kami di WhatsApp, Instagram, Facebook dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

RELATED NEWS

+