Universiti Teknologi Sarawak baru-baru ini mengadakan satu Sidang Pembangunan Permainan Video Antarabangsa 2024.
Menurut Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong, Sarawak mempunyai potensi untuk menjadi hab pembangunan dan inovasi permainan video semasa ucapan beliau ketika perasmian pembukaan Sidang Pembangunan Permainan Video Antarabangsa 2024.

Foto dari Bernama
Menurut beliau, campuran pengetahuan tradisional dan inovasi moden boleh membuat permainan video yang lebih menarik minat dunia di samping kekal ke asal usul Sarawak.
“Visi ini adalah untuk mengubah pembangunan permainan video dengan perkongsian pengetahuan dan menggunakan teknologi terkini,”
Tambah beliau, hal ini juga selari dengan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) yang akan menyokong industri permainan video dari memberi pelbagai program dan geran yang direka untuk memupuk bakat, mempromosikan pembangun tempatan dan juga menarik syarikat permainan video antarabangsa datang ke Malaysia.
“Tambahan lagi, Sarawak boleh mendapatkan sokongan dan bantuan MDEC untuk membina lagi sektor permainan video. Menerusi MDEC juga, pembangun permainan video warga Sarawak juga mampu mendapatkan bantuan kewangan, menyertai bengkel peningkatan kemahian dan terdedah dengan pasaran antarabangsa,” tambah beliau lagi.
Rujukan: TheEdgeMalaysia

setahun yang lepas