Spectre Divide adalah first person shooter (FPS) seterusnya yang akan ditutup.
Mountaintop Studios semalam mengumumkan tactical shooter 3 lawan 3 mereka akan ditutup dalam 30 hari sahaja lagi.
Pengumuman ini dibuat di Twitter/X Spectre Divide.
A message from our CEO about the future of Spectre Divide and Mountaintop Studios. pic.twitter.com/sk18NIgman
— Spectre Divide (@SpectreDivide) March 12, 2025
Menurut Mountaintop Studios, mereka tidak berjaya untuk mendapat jumlah pemain yang memberansangkan untuk meneruskan pembikinan dan kemas kini Spectre Divide.
“Pada mulanya kami sangat optimistik. Kita berjaya mendapat lebih 400,000 pemain dengan jumlah kemuncak setiap masa sebanyak 10,000 pemain. Tetapi setelah beberapa bulan, jumlah pemain aktif adalah sedikit untuk menampung kos operasi harian Spectre dan studio.” ujar Nate Mitchell Ketua Pegawai Esekutif Mountaintop Studios di blog Steam.
Setiap pembelian pada Season 1 juga akan dibayar semula dan apa-apa transaksi selepas ini akan ditutup.

Foto: Spectre Divide
Spectre Divide mendapat bantuan yang sangat besar dari Shroud untuk promosi dan juga menarik perhatian ramai potensi pemain.
Walaupun telah mendapat sebanyak AS$60 juta (RM 267 ratus juta) pelaburan, beberapa bulan diperlukan untuk permainan ini membuat kemas kini pertama dan Spectre Divide baru sahaja dilancarkan di pelantar Xbox dan PS5 dua minggu lepas.
Nampaknya satu lagi permainan video servis langsung ditutup. Tahun ini permainan paling “terkenal” yang telah ditutup adalah Concord.

setahun yang lepas