Tencent hari ini mengumumkan pembukaan pejabat baharu mereka di Menara 1 Sentrum, Kuala Lumpur bagi menandakan satu pencapaian terbaru dalam perjalanan pertumbuhan syarikat di Malaysia.
Pengembangan ini mencerminkan komitmen jangka panjang Tencent terhadap ekosistem tempatan sambil memanfaatkan persekitaran, bakat, infrastruktur dan tahap kesalinghubungan negara untuk berfungsi sebagai pangkalan strategik antarabangsa.
Sejak memasuki pasaran Malaysia pada 2013, Tencent sudah menjadi sebahagian penting dalam ekonomi digital negara yang pesat berkembang, memacu inovasi dan penciptaan nilai merentasi segmen Permainan & Hiburan, Pembayaran, serta AI dan Cloud.
Pada tahun 2025, Tencent Malaysia turut menggandakan saiz tenaga kerjanya dan dijangka untuk mencapai pertumbuhan dua angka yang kukuh menjelang akhir 2026. Lebih 90% anggota pasukan Malaysia terdiri daripada profesional berkemahiran tinggi dalam operasi pembangunan, analisis data, pematuhan kandungan dan khidmat pelanggan mencerminkan komitmen syarikat dalam membangunkan bakat tempatan.
Pejabat baharu ini akan berfungsi sebagai pangkalan strategik untuk usaha pertumbuhan antarabangsa Tencent, menampung sehingga 500 kakitangan dengan ruang untuk pengembangan tambahan selaras perkembangan operasi.
Memperkukuh Inovasi Global Berasaskan Impak Tempatan

Pejabat baharu ini akan menempatkan pasukan Teknologi Global, Inovasi Digital dan Khidmat Pelanggan (CX) Tencent yang menggabungkan pelbagai fungsi digital bernilai tinggi untuk memperkukuh operasi global Tencent sambil menyumbang secara langsung kepada ekonomi tempatan dan rantaian nilai teknologi.
Menteri Digital Malaysia, YB Gobind Singh Deo turut hadir merasmikan acara.
Dalam perancangan jangka panjang, Tencent Malaysia sedang meluaskan rangkaian kerjasama dan penyertaan perniagaan untuk menyokong ekosistem digital negara yang berkembang pesat.
Majlis perasmian itu turut menyaksikan Tencent Cloud menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Opensys Technologies dan Boost untuk memacu kerjasama ekosistem bersama rakan kongsi dalam melaksanakan PalmAI oleh Tencent Cloud, sekali gus memperkukuh kedudukan negara sebagai tapak ujian bagi inovasi digital termaju.
Tencent turut memperkukuh peranan aktifnya dalam ekonomi digital Malaysia, termasuk dalam pertumbuhan rentas sempadan melalui pelancongan, permainan & e-sukan serta pendidikan. Dengan integrasi Weixin Pay bersama PayNet pada tahun 2024, pelawat dari China kini boleh membuat transaksi di Malaysia melalui rangkaian pembayaran pembayaran DuitNow QR, memberikan sokongan besar kepada perniagaan kecil dan ekonomi tempatan. Hasilnya, transaksi melalui PayNet melonjak 3 kali ganda tahun ke tahun semasa Golden Week China pada awal Oktober.
Pada masa yang sama, semakin ramai peniaga di Malaysia menerima pakai ekosistem Weixin/WeChat, membantu peniaga utama seperti KLIA Express melancarkan Program Weixin Mini yang baharu untuk menarik lebih banyak perniagaan daripada pelancong China, pada masa yang sama menyokong kempen “Visit Malaysia 2026” negara.
Seiring usaha perluasan antarabangsa Tencent yang semakin pesat, Malaysia, dengan ekosistem dinamik, bakat digital yang bersedia, dan dasar digital yang berpandangan jauh, bersedia menjadi hab penting yang memacu inovasi, kesalinghubungan dan pengalaman digital di seluruh dunia.

setahun yang lepas