Dikuasakan oleh AI, Vtuber dengan nama Neuro-sama dicipta oleh Vedal kini menjadi nombor satu.
Pada 2 Januari lepas, Neuro-sama kini mempunyai 162,459 langganan aktif menurut Twitch Tracker.
Hal ini sekaligus membuatkan Neuro-sama melepasi Jynxzi yang mempunyai 73,942 langganan.
Neuro-sama ialah Vtuber dikuasakan AI yang dicipta oleh Vedal yang merupakan seorang programmer komputer.

Foto: VtuberNewsDrop
Pada awalnya projek ini hanyalah projek sampingan yang dibangunkan menggunakan C# Unity dan menggunakan sistem AI dibangunkan Python.
Di wiki Neuro-sama, semua pergerakan, reaksi, percakapan dan cara bermain game dikuasakan oleh sistem AI generatif.
Berapa jumlah pendapatan Vedal di Twitch bersama Neuro-sama?
Mengikut jumlah langganan sekarang jika setiap langganan bernilai AS$5 (RM20.36) dan potongan dari Twitch, langganan ini sahaja menjana AS$400 ribu (RM1.63 juta) sebulan.
Jynxzi sendiri terkejut apabila rekodnya telah dipecah oleh Vedal987.
Jinzxy bewildered when he find out his number 1 spot is taken by Vedal987 “the AI VTuber”.
byu/RyouhiraTheIntrovert inLivestreamFail
Populariti dan kejayaan Neuro-sama ini meningkat secara beransur-ansur dan pertama kali muncul pada tahun 2019 dengan bermain osu!. Bermula pada tahun 2022, Neuro-sama bertukar menjadi Vtuber sepenuhnya.
Antara aktiviti kegemarannya ialah bermain game seperti Minecraft, berkaraoke, dan sangat menyukai hasil seni.
Neuro-sama juga pernah viral beberapa kali apabila dia mempersoalkan tujuan dan kewujudannya.

setahun yang lepas