Honor of Kings (HOK) mempunyai pelbagai hero dan pelbagai role untuk push mod Ranked.
Sudah semestinya terdapat hero-hero yang kuat dan mudah untuk push rank dalam Honor of Kings kerana anda tidak semestinya perlu menggunakan hero susah yang meta.
Ini 10 Hero mudah untuk push Rank:
1. Angela (Mid Lane)

Gambar dari Honor of Kings
Angela adalah hero pertama yang anda dapat dan hero paling mudah untuk digunakan.
Hanya Combo Skill 2>Skill 1/Ultimate untuk membunuh musuh dengan mudah.
Paling penting anda perlu memastikan Ulti tidak digunakan sewenang-wenangnya.
Walaupun mudah, anda tidak sepatutnya sentiasa spam skill tanpa mengena kerana Skill 1 dan 2 Angela masih perlu dibidik dan bukannya automatik.
2. Hou Yi (Farm Lane)

Gambar dari Honor of Kings
Hou Yi adalah hero yang sangat mudah untuk digunakan dan mempunyai damage yang tinggi.
Ultimate untuk stun dan Skill 2 untuk Slow kemudinya Skill 1 terus Auto Attack.
Tetapi Hou Yi adalah antara hero marksman yang tidak mempunyai cara untuk melarikan diri melainkan Flash.
Anda juga perlu sedar dengan keadaan peta kerana Hou Yi adalah hero yang sentiasa akan disasarkan oleh Assassin musuh.
Jadi anda perlu berhati-hati dengan posisi anda ketika bermain.
3. Princess Frost (Mid Lane)

Gambar dari Honor of Kings
Hero mid yang mempunyai banyak Crowd Control (CC) dan sangat mudah untuk dimainkan.
Posisi untuk Princess Frost juga mudah kerana anda hanya perlu sentiasa berada dia luar jarak Marksman dan Assassin musuh.
Dia boleh freeze, stun dan memperlahankan musuh di samping mempunyai damage yang besar dari Ultimatenya.
Malah untuk setiap tiga Basic Attack dia juga dapat mengenakan magic damage tambahan yang mengurangkan movement dan attack speed musuh.
4. Zhang Fei (Roaming)

Gambar dari Honor of Kings
Antara Roaming paling kuat dalam HoK setakat ini.
Zhang Fei adalah roamer yang sangat tanky dan tidak mudah untuk dibunuh.
Disebabkan dia hero yang ‘keras’, dia sentiasa memberi peluang kepada pasukan anda untuk terus mengeluarkan damage dari belakang.
Dia juga mempunyai CC yang boleh membuatkan impak yang sangat besar ketika war dalam HoK.
5. Ming (Roaming)

Gambar dari Honor of Kings
Ming adalah hero Roaming dengan heal single target yang sangat kuat.
Hero ini sangat-sangat jarang dipilih tetapi sebenarnya antara Roaming hero paling kuat dengan buff Skill 1 untuk meningkatkan Physical dan Magical Attack, Movement Speed dan Attack Speed.
Skill 2 pula digunakan untuk menurunkan Physical dan Magical Defense musuh dan juga damage over time kepada mereka.
Ultimate Ming juga boleh merubah corak perlawanan dia boleh menggunakan nyawanya untuk heal orang yang sudah link bersama jika link itu bersama hero musuh dia akan mencuri nyawa musuh dan heal ahli pasukan yang mendapat link dengan Ming.
Ming sangat kuat apabila menjadi kombo dengan hero-hero marksman hyper carry seperti Hou Yi, Lady Sun, Consort Yu dan lain-lain.
6. Dun (Clash Lane dan Jungle)

Gambar dari Honor of Kings
Dun adalah hero mudah seterusnya yang boleh mendapat Health dan shield untuk diri sendiri.
Dia yang sudah mempunyai item adalah sangat susah untuk dibunuh kerana apabila nyawanya dibawah paras 50% dia akan mendapat pasif yang memberikan basic attack bagi mendapatkan nyawa kembali.
Ultimate Dun pula boleh digunakan untuk mengejar musuh dan dia akan mendapat CC immunity.
Skill 1 boleh memperlahankan musuh dan Skill 2 memberikannya shield.
7. Dian Wei (Jungle)

Gambar dari Honor of Kings
Dian Wei adalah hero yang menjadi counter untuk beberapa hero meta. Setiap assist dan kill yang didapatkan oleh Dian Wei menjadikannya lebih kuat.
Skill 1 Dian Wei pula membuang CC dan memberikan Dian Wei movement speed serta basic attack yang lebih kuat.
Skill 2 pula memperlahankan musuh dan mendapat banyak attack speed dan lifesteal.
Ultimate Dian Wei sangat menyakitkan terutamanya untuk hero yang mempunyai banyak HP. Ia membolehkan dia mengenakan true damage kepada musuh.
8. Kaizer (Jungle)

Gambar dari Honor of Kings
Kaizer adalah antara hero Jungle yang kuat dan mudah untuk digunakan.
Dia merupakan hero Fighter/Tank yang sentiasa mahu berada dihadapan ketika team fights.
Pasif Kaizer pula memberikan damage physical tambahan apabila skill terkena kepada musuh yang berseorangan.
Ultimate Kaizer sangat membantu untuk pemain-pemain baharu kerana memberikan Max health, physical attack, movement speed dan Block.
Anda boleh membuat build Tank untuk Kaizer tetapi masih mempunyai damage yang cukup untuk berlawan dengan musuh.
9. Biron (Clash Lane)

Gambar dari Honor of Kings
Biron adalah antara hero Clash Lane paling mudah untuk dipelajari.
Dia mempunyai pasif untuk mengecas senjatanya dan membuat Basic Attack mendapat damage tambahan di samping mendapat heals.
Biron mempunyai sustain yang sangat baik dan Ultimatenya memberikan shield yang sangat besar di samping mengenakan damage tambahan.
10. Cai Yan (Roamer)

Gambar dari Honor of Kings
Cai Yan adalah Roamer yang mudah digunakan disamping mempunyai Stun dan heal yang sangat banyak.
Dia boleh memberikannya diri sendiri heal dengan skill pasif dan skill 1 untuk pasukan juga.
Di samping itu dia juga boleh stun musuh dengan Skill 2 yang boleh melantun diantara musuh-musuh yang ada.
Ultimate Cai Yan pula adalah heals yang sangat besar untuk ahli pasukan di samping memberikan mereka Physical dan Magical Defense.
Paling penting untuk Cai Yan adalah memastikan anda sentiasa mengenakan Skill 2 kepada musuh untuk stun bagi membolehkan ahli pasukan anda yang lain menyerang.
Hero-hero Honor of Kings mana lagi yang anda rasa mudah untuk digunakan dan juga untuk naik rank?

setahun yang lepas