Honor of Kings, permainan MOBA paling popular di dunia, bakal melancarkan versi kemas kini terbesar dikenali sebagai Honor of Kings Plus pada 24 Jun ini. Kemas kini ini memperkenalkan pelbagai ciri baharu berdasarkan maklum balas pemain termasuklah Flowborn, avatar peribadi pertama dalam permainan MOBA dengan penyesuaian penuh dan sistem tempur adaptif.
Versi pertama Flowborn sebagai Marksman akan tersedia pada 24 Jun, diikuti oleh Tank dan Mage pada bulan Julai.
Honor of Kings Plus turut memperkenalkan sistem penilaian yang lebih adil dan telus, membolehkan pemain memperoleh Bintang walaupun kalah jika prestasi individu itu cemerlang.

‘Highlight Moments’ seperti menewaskan musuh secara solo atau bertahan dalam situasi genting akan memberi mata tambahan. Selain itu, sistem terjemahan suara-ke-teks secara langsung kini menyokong Bahasa Melayu, Cina, Inggeris dan Indonesia bagi memudahkan komunikasi antara pemain dari pelbagai negara.
Honor Pass baharu kini lebih mudah difahami dan memberi ganjaran berdasarkan aktiviti, termasuk misi dan momen istimewa. Sepanjang bulan pertama, pemain akan terima Elite Pass secara percuma.
Dari 28 Jun hingga 30 Jun, semua skin sebelum 24 Jun akan boleh digunakan secara percuma, dan pemain juga boleh menebus kupon skin bernilai 1,688 Token. Di medan pertempuran, beberapa keseimbangan dibuat termasuk perubahan minion, sprite, sistem turet, dan teleport umum yang kini tersedia secara kekal.

setahun yang lepas