Manga mempunyai ribuan genre dan tajuk menarik dimana semuanya unik dengan cara tersendiri.
Dari genre shonen, sci-fi, misteri, fantasi dan pelbagai lagi genre yang ada, pasti ada satu yang untuk semua orang.
Ini 10 Manga korang patut baca:
1.Witch Hat Atelier

Foto: Kodansha
Di dalam dunia dimana hanya orang terpilih sahaja layak menggunakan magis.
Manga ini menceritakan Coco yang menjadi perantis witch untuk menjadi seorang witch dan memulihkan ibunya yang disumpah.
Coco akhirnya sedar magis sebenarnya tidaklah seindah yang disangka tetapi dia tetap tidak mahu berputus asa.
2.Gachiakuta

Foto: Weekly Shōnen
Di satu bandar terbang dimana orang kaya membuang segala sampah ke bawah termasuklah penjenayah.
Suatu hari Rudo telah dituduh membunuh dan dibuang kebawah tempat yang digelar Pit. Di situ hanya terdapat raksasa yang wujud akibat sampah tercemar.
Rudo kemudiannya terkejut di bawah bandar terbang itu sebenarnya adalah permukaan bumi yang telah lama tercemar dan masih mempunyai manusia yang hidup.
3.Centuria

Foto: Shueisha
Julian adalah seorang lelaki muda yang berjaya melarikan diri dari seorang tukang besi jahat apabila dijual oleh ibunya sendiri.
Dia kemudiannya lari ke satu kapal hamba abdi. Ketika berada didalam kapal tersebut buat pertama kali dia merasai kasih sayang dari seorang hamba yang mengandung bernama Mira.
Tetapi semuanya berubah apabila kapten kapal membunuh semua orang yang berada di atas kapal tersebut sekaligus memanggil satu entiti laut.
Julian telah membuat perjanjian dengan entiti tersebut dan mendapat kekuatan kesemua 100 hamba dan nyawa mereka.
Dia kini perlu menjaga anak Mira yang bernama Diana sebagai adiknya sendiri.
4.Jujutsu Kaisen Modulo

Foto: Shueisha
68 tahun selepas Culling Games, pada tahun 2086 satu bangsa alien digelar Simurian telah datang ke bumi dengan kapal angkasa mereka.
Dunia kini terletak di atas tangan Yuka dan Tsurugi Okkotsu dalam cubaan memastikan alien tersebut tidak berbahaya kepada bumi.
5.Kagurabachi

Foto: Shueisha
Menceritakan Chihiro seorang pemuda yang mahu jadi penempa pedang terbaik sapa seperti ayahnya.
Semuanya berubah apabila ayahnya dibunuh dan semua pedang-pedang hebat ciptaan ayahnya turut dicuri.
Dia kini bersumpah untuk mencari, membunuh pembunuh dan mendapatkan kembali kesemua pedang yang telah dicipta oleh ayahnya.
6.Ichi the Witch

Foto: Shueisha
Memperkenalkan Ichi lelaki pertama dalam dunia yang menjadi Witch yang disangka selama ini hanya untuk wanita sahaja.
Dalam dunia ini, setiap raksasa yang mempunyai magik digelar Majiks.
Hanya Witches sahaja mampu untuk mengalahkan Majik.
7.Bug Ego

Foto: Viz Media
Ditulis oleh One (One Punch Man) dan ilustrasi daripada Kiyoto Ishihara.
Siri ini menceritakan dua pelajar sekolah menengah Jepun iaitu Tekhiro Kokudo dan Makoto Hitsujia yang menyedari dunia sebenarnya mempunyai bug dalam realiti.
Semuanya bermula apabila Takehiro menjumpai satu komputer riba yang mengongsikan fenomena bug realiti ini.
Banyak fenomena pelik dan kejadian berlaku disebabkan bug ini.
Mereka berdua bekerjasama untuk mendokumentasikan dan merasakan pengalaman mengenai bug yang wujud.
8.Daemon of the Shadow Realm

Foto: Monthly Shonen Gangan
Dalam dunia ini beberapa manusia terpilih boleh mengawal makhluk supernatural kuat yang digelar Daemons.
Daemons pula hanya akan wujud dalam bentuk sepasang.
Dipisahkan sejak lahir, dua adik beradik kembar bernama Yuru dan Asa. Mereka berdua telah lahir pada waktu diantara malam dan siang di mana mereka berdua telah ditakdirkan untuk mengawal kesemua Daemons yang ada.
Kedua-dua mereka kini perlu mencari kebenaran kelahiran mereka disamping menyelamatkan dunia dari Daemon purbakala yang mahu memulakan perang yang boleh menghancurkan dunia.
9.Oyasumi Punpun

Foto: Viz Media
Mengisahkah pengalaman Punpun Onodera dari sekolah rendah, sekolah menengah rendah, sekolah menengah tinggi sehingga awal 20-an.
Punpun digambarkan sebagai seekor burung yang akan berubah mengikut pembesaran dan perubahan karakternya.
Manga ini banyak menunjukkan tema kemurungan, cinta, trauma dan lain-lain.
10.Frieren: Beyond Journey’s End

Foto: Viz Media
Frieren seorang mage elf yang merupakan bekas kepada party hero yang berjaya mengalahkan Demon King. Dunia kini sudah selamat dan lebih harmoni daripada sebelumnya.
Dalam party tersebut terdapat 3 ahli yang lain iaitu Hero Himmel, Warrior Dwarf Eisen dan Human Priest Heiter.
Ketika pengakhiran pengembaraan, mereka semua telah berjanji untuk jumpa semula selepas 50 tahun. Frieren akhirnya sedar semua ahli partynya sudah tua dan Himmel seorang hero yang dikenali serata dunia baru sahaja meninggal dunia.
Frieren menyesal kerana dia tidak mengambil tahu mengenai kehidupan ahli partynya terutama Himmel.
Elf dalam duni ini mempunyai jangka hayat yang tersangat lama sehingga boleh hidup ribuan tahun.
Dia kini meneruskan pengembaraan untuk mengenali dirinya dan manusia bersama-sama Fern anak yatim yang dijaga oleh Heiter dan Stark anak murid Eisen.

setahun yang lepas