Tidak kira manhwa yang sudah lama atau baru banyak sebenarnya antara manhwa terbaik tetapi ramai tidak mahu cuba untuk membacanya.
Manhwa kini telah menjadi antara impak besar buat dunia sejak popularitinya meningkat mendadak beberapa tahun lepas.
Aksi, drama, seram, komedi dan pelbagai lagi genre lain yang ada. Anda hanya perlu cari.
10 Manhwa korang patut baca tahun ini:
1. Festival of Warriors

Foto: Webtoon Naver
Inilah Baki versi manhwa.
Menceritakan Kang Dae-oh yang menyertai Festival of Warriors untuk menjadi pahlawan terkuat
Pemenang juga akan menjadi pewaris untuk Taejin Group satu organisasi paling berkuasa dan terbesar di Korea Selatan.
2. The Greatest Estate Developer

Foto: Webtoon Naver
Menceritakan Suho Kim seorang pelajar kejuruteraan yang masuk ke dunia novel fantasi.
Dalam dunia itu dia telah menjadi Lloyd Frontera seorang anak bangsawan paling malas dan bermasalah.
Menggunakan pengetahuan kejuruteraannya, Suho telah mencipta banyak peralatan untuk memastikan dunia itu selamat di masa hadapan.
3. Omniscient Reader’s Viewpoint

Foto: Webtoon Naver
Dokja adalah seorang pekerja pejabat biasa dengan satu minat iaitu membaca novel ‘Three Ways to Survive the Apocalypse’.
Namun semuanya berubah apabila apa yang berlaku dalam novel itu menjadi kenyataan.
4. Tower of God

Foto: Webtoon Naver
Tower of God menceritakan Twenty-Fifth Bam seorang budak yang terperangkap lama di bawah satu Tower misteri dan besar.
Dia hanya tinggal di bawah tempat itu bersama seorang rakan bernama Rachel. Tetapi dia telah ditinggalkan Rachel apabila Rachel berjaya menaiki ke Tower tersebut.
Bam akhirnya berjaya untuk membuka pintu ke Tower tersebut dan dia mahu mencari Rachel dengan apa cara sekalipun.
5. Standard of Reincarnation

Foto: Redice
Daven seorang ahli keluarga Samion telah dikecam, dibuli dan dibuang oleh Samion.
Setelah mati akibat dibelot, dia telah dihidupkan semula dalam badan seorang remaja bernama Vincent Adenka.
6. Hero Killer

Foto: Webtoon Naver
Menceritakan Ihwa dengan gelaran Hero Killer.
Dia adalah seorang Villain yang ingin mencari pembunuh kakaknya bernama Yeon yang telah dibunuh oleh Hero yang korup.
7. Absolute Regression

Foto: JHS Books
Dalam dunia Murim, Mugi Hwa telah menghancurkan segalanya yang ada di dunia itu.
Mugeuk menggunakan teknik terlarang untuk kembali ke masa lepas dan cuba mengubah dunia sebelum diserang Mugi.
8. Academy’s Genius Swordmaster

Ronan telah menjadi askar terakhir ketika satu peperangan diantara musuh yang turun dari langit.
Adeshan rakan seperjuangan Ronan telah menggunakan kuasa masanya untuk menghantar Ronan ke masa lalu demi menyelamatkan dunia.
Dia kini terpaksa mula dari awal untuk menjadi swordsman terbaik di Phileon Academy.
9. I Killed an Academy Player

Corin cuma seorang NPC tetapi dia tahu mengenai permainan ini lebih daripada orang lain.
Dunia sepatutnya telah diselamatkan tetapi Sihu adalah seorang hero yang sangat jahat dan suka membunuh NPC lain. Suho akhirnya gagal menyelamatkan dunia.
Corin telah berjaya kembali ke 3 tahun lepas bagi memastikan dunia selamat.
Perkara pertama yang dia buat adalah membunuh Sihu dan kini berjanji akan menyelamatkan dunia.
10. See You In My 19th Life

Foto: Wendy Chan
Ji-eum Ban tampak seperti wanita biasa. Tetapi dia mempunyai rahsia iaitu dia mengetahui dan mengingati semua memori 19 nyawanya yang terdahulu.
Ji-eum kali ini mempunyai peluang untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan orang-orang dari kehidupannya yang ke 18.
Manhwa apa lagi yang korang baca sekarang?

setahun yang lepas