28 Years Later – sebuah naskhah yang berani, dihidupkan kembali oleh Danny Boyle

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Penantian selama 23 tahun pastinya penuh dengan harapan bagi peminat 28 Days Later. Siapa sangka, kita akhirnya menerima trilogi baharu yang mana filem pertamanya, 28 Years Later memperkenalkan kembali penonton kepada genre ‘zombi’ dan horror yang selama ini mempunyai cult following selama bertahun-tahun.

Review awal ini mengandungi SPOILERS.

Filem terbaru arahan Danny Boyle dan ditulis Alex Garland ini adalah satu naskhah yang berani dengan pendekatan berbeza berbanding dua entri sebelumnya. Kali ini, kita menyaksikan bagaimana virus ‘Rage’ bertukar dan memberikan impak kepada komuniti kecil di England.

Menceritakan kisah Spike (Alfie Williams) berusia 12 tahun yang memang rapat dengan ibunya, Isla (Jodie Comer) yang jatuh sakit. Dia dilatih oleh bapanya, Jamie (Aaron Taylor-Johnson) untuk survive dalam satu komuniti kecil di pulau terpencil yang terpisah dengan mainland England. Di sana, manusia mendirikan benteng, bercucuk tanam dan lebih bertamadun untuk melangsungkan kehidupan pasca apokalips.

Misi ke tanah besar yang tiada undang-undang dan penuh dengan bahaya dari zombi oleh Jamie demi melatih Spike kemudian bertukar menjadi satu momen penuh debaran apabila anaknya itu mendapat khabar tentang seorang ‘doktor’, Kelson (Ralph Fiennes) yang boleh merawat penyakit. Ini membuatkan Spike menafikan kesemua undang-undang di pulau dan membawa ibunya ke kawasan larangan ini demi merawat ibunya.

Plot ini mungkin kelihatan straightforward namun kembara di tanah besar mempunyai plot twist tersendiri oleh Alex Garland yang akhirnya membuatkan kita mempersoalkan apa akan jadi kepada manusia yang terdedah dan terselamat daripada virus ini selepas 28 tahun.

Eksperimentasi oleh Danny Boyle mungkin bukan untuk semua orang kerana plotnya yang bercampur terutamanya pada babak akhir membuatkan ramai yang masih inginkan lebih. Pada hemat penulis, filem ini adalah set-up dan pengenalan yang baik kepada dua lagi filem dalam trilogi ini. 

28 Years Later kini ditayangkan di pawagam seluruh negara.

RELATED NEWS

+