5 Anime paling teruk di dunia

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Dalam dunia anime walaupun terdapat beberapa anime yang hebat sudah pasti akan muncul anime yang tidak patut anda tengok melainkan anda mahu membuang masa.

Adakalanya anime yang teruk masih disukai seseorang tetapi tidak untuk 5 Anime ini:

1. Mars of Destruction

Foto: WAO World

Mars of Destruction adalah cubaan untuk membuat anime sci-fi yang menarik pada awal tahun 2000 dahulu.

Tetapi penceritaan yang berbelit-belit tidak masuk akal menjadikan cerita ini tidak konsisten.

Malah animasi yang sangat teruk juga membuatkan Mars of Destruction dikecam.

Anime ini sebenarnya mahu meniru Neon genesis Evangelion.

2. EX-ARM

Foto: Visual Flight

Antara anime yang paling teruk sejak lima tahun ini.

Walaupun dengan kualiti teruk, EX-ARM menerima promosi besar-besaran daripada Crunchyroll dan anime ini diejek sejurus trailer pertama dikeluarkan.

EX-ARM mendapat nama dengan perlawanan yang buruk dan pergerakan tidak masuk akal untuk satu animasi.

Penceritaan juga tidak original iaitu seorang lelaki yang mendapat kuasa senjata AI.

3. Berserk (2016)

Foto: GEMBA

Satu penghinaan besar buat masterpiece seperti Berserk.

Inilah yang terjadi apabila anime ditukarkan kepada CGI murahan.

Cerita Berserk ini pula dipendekkan semata-mata untuk cukup 24 episod anime.

Ini adalah adaptasi ketiga Berserk dan adaptasi inilah yang paling teruk buat Berserk.

4. Ladyspo

Foto: Brio Animation

Inilah yang terjadi apabila sesuatu anime itu hanya mempunyai bajet pembentangan PowerPoint.

Siri ini seolah-olah anda melihat PowerPoint dimana karakter tidak langsung bergerak.

Anime sukan ini menceritakan gabungan diantara komedi dengan tambahan sci-fi antara-galaktik.

Konsep yang menarik tetapi dihalang oleh pembentangan projek.

5. Skelter Heaven

Foto: Idea Factory

Skelter Heaven adalah OVA 19 minit yang dikeluarkan pada tahun 2004.

Untuk dunia yang diserang Alien sotong sudah semestinya 19 minit tidak cukup untuk diceritakan.

Penceritaan juga tidak menceritakan apa-apa pun dengan tiada pembinaan karakter yang wujud untuk anime ini.

Animasinya juga seteruk yang disangka apabila terdapat beberapa babak dimana musuh hanya terbang di udara sahaja.

Anime apa lagi yang anda rasa patut menjadi anime paling teruk?

RELATED NEWS

+