5 Anime terbaik yang mempunyai kurang daripada 12 episod

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Tidak semua anime memerlukan episod yang banyak dan panjang untuk memberikan penceritaan penuh impak.

Apabila berada di tangan yang baik, anime 12 episod ini membuktikan boleh memberi impak besar kepada peminat-peminat anime.

Ini 5 Anime terbaik yang mempunyai 12 episod sahaja!

1. Cyberpunk: Edgerunners

Lain daripada Cyberpunk 2077, spin-off ini mempunyai cerita yang lain di Night City.

Edgerunners memberi cerita pembahagian kelas kasta dan masalah ketamakan korporat sehingga membuat nyawa-nyawa orang lain mendapat impak besar dalam kehidupan.

Walaupun dengan 10 episod sahaja, Cyberpunk: Edgerunners tidak lari dari memberi mesejnya ditambah lagi dengan warna-warna lampu neon dengan laju yang menarik.

2. Puella Magi Madoka Magica

Bukan magical girl biasa Madoka Magica membuktikan dunia magik boleh menjadi sangat gelap.

Menceritakan Madoka Kaname yang didatangi oleh seekor alien bernama Kyubey.

Kyubey memberi peluang kepada Madoka untuk mendapat apa-apa sahaja yang dihajati olehnya dengan syarat dia perlu menjadi seorang magical girl.

Tetapi semuanya indah khabar dari rupa apabila terdapat kekejaman disebalik senyuman magical girls.

3. Death Parade

Death Parade memberi perspektif unik dunia selepas kematian.

Cerita ini menceritakan Decim seorang pelayan bar dan hakim kepada nasib-nasib orang yang baru mati.

Setiap orang yang baru mati akan datang ke bar milik Decim dan keputusan adalah terletak kepada manusia itu sendiri samada dia adalah baik atau jahat ketika hidup.

Decim menyertai Death Parade dan terjumpa seorang rakan manusia yang menyedarkan Decim bahawa banyak perkara yang perlu dia sedar sebelum membuat keputusan selama-lamanya untuk orang yang baru mati.

4. Yuri!!! On Ice

Menceritakan Yuri Katsuki yang sedih akibat tidak layak dalam pertandingan luncur ais disebabkan anjing kesayangan mati pada hari yang sama.

Semuanya berubah apabila idol Victor Nikiforov memberi peluang kepada Yuri untuk dilatih sehingga musim pertandingan baharu.

MAPPA sudah semestinya memberi penceritaan penuh sinematik dan visual penceritaan yang penuh kecantikan.

5. Another

Another adalah anime seram psikologi yang pasti membuat anda meremang dan memberi anda penuh tanda tanya.

Menceritakan Kouchi yang baru sahaja berpindah ke sekolah baharu yang jauh dari tempat tinggal asalnya.

Dalam kelas Kouchi terdapat seorang perempuan bernama Mei Misaki yang sentiasa berseorangan dan langsung tidak diendahkan oleh rakan sekelasnya.

Anime pendek mana lagi yang menjadi pilihan?

RELATED NEWS

+