5 Game Idle Santai korang patut main

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Permainan video idle dan desktop pet sangat sesuai untuk memberikan anda ketenangan dari membuat kerja yang memenatkan.

Genre ini telah lama wujud tetapi tidak ramai mahu mencuba.

Ini 5 Game Idle Santai korang patut main:

1.Ropuka’s Idle Island

Digelar ‘pelekat yang boleh dimain di desktop’ oleh pembangun mereka.

Ropuka’s Idle Island adalah permainan video dimana terdapat seekor katak yang berada di skrin anda.

Dia akan sentiasa membuat sesuatu di keliling rumahnya atau tido. Setiap rumput yang dipotong olehnya boleh menjadi upgrade untuk stats dan peralatan kebun.

2.Revolution Idle

Revolution Idle adalah permainan dimana anda menjaga putaran dimana anda perlu mengisi ruang dengan bulatan.

Permainan ini akan memberi anda cabaran supaya anda boleh menggandakan nombor di skrin sehingga menjadi tersangat besar.

3.Tiny Pastures

Jika anda sukakan seni pixel ini adalah yang terbaik untuk anda.

Tiny Pasture akan dimainkan dibahagian bawah desktop anda yang akan dipenuhi binatang-binatang comel dan makhluk lain seperti panda, llama, capybara, slimes, zombi dan lain-lain.

Anda boleh membuat kerja sambil melihat mereka bergerak-gerak dibawa sambil memberi makan atau bermain dengan mereka.

4. Desktop Cat Cafe

Desktop Cat Cafe akan wujud dibahagian bawah desktop anda sama seperti Tiny Pasture.

Anda boleh membuat kerja tetapi kucing-kucing yang anda jaga akan bekerja untuk menjadikan cafe anda yang terbaik.

Disamping membantu kafe anda, pekerja-pekerja kucing ini akan sentiasa menarik perhatian anda.

5.Cookie Clicker

Cookie Clicker telah menjadi antara clicker idle game paling awal yang popular dan menyebabkan ramai bermain permainan ini walaupun telah keluar pada tahun 2013.

Apa yang anda perlu buat adalah sangat mudah iaitu hanya klik biskut ini sebanyak mungkin.

Game santai apa lagi yang korang suka?

RELATED NEWS

+