Dalam dunia anime banyak guru-guru yang hebat tidak kiralah dunia apa yang mereka tinggal.
Guru-guru dalam anime selalunya adalah karakter penting yang sentiasa membantu anak murid mereka untuk menjadi lebih kuat dan baik.
Ini adalah 5 Guru terbaik dalam Anime:
1. Eikichi Onizuka (G.T.O.)
Walaupun Onizuka bukan seorang guru yang ideal tetapi dia akan berusaha memastikan murid-muridnya terjaga.
Dari seorang gengster bertukar menjadi guru, Onizuka akhirnya sedar dia sangat bagus dalam mengajar.
Dia sentiasa lakukan yang terbaik unntuk anak-anak muridnya.
Lain dari guru-guru anime lain, Onizuka adalah watak utama.
2. Coach Keishin Ukai (Haikyuu!!)

Jurulatih Ukai bukanlah seorang jurulatih tradisional kerana menggunakan teknik latihan yang tidak ortodoks.
Tetapi dia sangat bagus dalam membantu Karasuno untuk menjadi lebih baik.
Tanpa Ukai, Karasuno mungkin tidak akan pergi jauh.
Dia juga sangat memahami tentang ahli pasukannya dan sentiasa mengambil tahu mengenai kelebihan dan kelemahan pemain Karaksuno.
3. Izumi Curtis

Izumi Curtis boleh dikatakan adalah ibu dan guru kepada adik beradik Elric.
Boleh dikatakan apa sahaja yang diketahui oleh Edward dan Alphonse diajar olehnya termasuk seni bela diri dan alchemy.
Dengan pengajaran ini, Edward sendiri mampu menjadi seorang state alchemist pada usia 12 tahun.
Izumi mungkin sangat tegas terhadap kedua-dua adik beradik ini tetapi dia menyayangi mereka seperti anaknya sendiri.
4. Jiraiya
Seorang ninja yang digelar Sannin lagenda, Jiraiya adalah guru kepada beberapa ninja terhebat dalam dunia Naruto.
Dia menjadi guru kepada Nagato, Konan dan Yahiko di mana tiga ninja ini menubuhkan Akatsuki dan menjadi antara musuh paling kuat dalam Naruto.
Sudah semestinya dia adalah seorang guru terhebat buat Naruto.
Dari mengajar Rasengan dan Sage Mode, banyak pergerakan Naruto diajar oleh Jiraiya.
Walaupun perangai Jiraiya yang sedikit gatal, Jiraiya sangat menjaga anak-anak muridnya dan sanggup membuat apa sahaja untuk membantu mereka.
5. Koro Sensei

Sedikit pelik untuk seorang guru yang mahu murid-murid sendiri untuk membunuh dirinya, tetapi Koro Sensei bukanlah cikgu yang biasa.
Dari mengajar setiap anak muridnya subjek-subjek penting di sekolah dia juga mengajar mereka teknik membunuh dan lebih penting untuk hidup dan menjadi seorang insan yang lebih baik.
Semua anak-anak murid Koro Sensei berjaya dalam kehidupan mereka.
Banyak sebenarnya guru-guru terhebat dalam anime. Honorable mention kepada:
Dari Piccolo kepada Gohan, Rayleigh kepada Luffy, Uruhara Kisuke kepada Ichigo, Master Roshi kepada Goku, Eraserhead kepada budak-budak Class A, dan Might Guy kepada Rock Lee.
Siapa lagi guru terbaik dalam dunia anime?
SELAMAT HARI GURU!

setahun yang lepas