Tahun lepas antara tahun yang meriah buat permainan video mudah alih.
Zenless Zone Zero, Wuthering Waves, Love and Deepspace dan Infinity Nikki adalah antara permainan mudah alih terbesar tahun lepas.
Tahun ini juga menjangkakan beberapa permainan mudah alih yang bakal meletup dalam populariti.
1. Ananta
Ananta bakal menjadi antara gacha game paling dinanti-nantikan oleh ramai peminat.
Boleh dikatakan permainan ini adalah hasil gabungan anime dan Grand Theft Auto (GTA).
Dihasilkan oleh NetEase, Ananta pasti akan memberi pengalaman baru kepada pemain.
2. Valorant Mobile
Kali ini Riot Games akan memperkenalkan Valorant Mobile ke global selepas sekian lama berada di dalam fasa beta tertutup di China.
Tactical hero shooter ini akan membawa pengalaman sama Valorant terus ke peranti mudah alih anda.
Valorant Mobile dijangka akan dilancarkan pada suku ke-4 2025.
3. Arknights: Endfield
Spinoff kepada Arknights, Arknights: Endfield adalah permainan video dunia terbuka di dalam dunia Arknights.
Endfield akan mempunyai penceritaan sendiri yang baru termasuk karakter-karakter baharu.
Permainan video ini akan dilancarkan pada 30 Ogos.
4. Tribe Nine
Tribe Nine adalah permainan video gacha dengan estetik Kodaka.
Permainan ini akan mempunyai mekanik untuk menggabungkan pelbagai genre dalam satu pengalaman permainan.
Tribe Nine menceritakan para remaja yang mempunyai tribe sendiri dan terpaksa bekerjasama untuk berlawan dengan pihak jahat dalam beberapa permainan yang boleh membawa maut.
5. Assassin’s Creed Jade
Assassin’s Creed Jade kali ini akan membawa anda ke China.
Permainan ini akan memperkenalkan banyak senjata dan teknik seni pertahanan diri dari China dengan mekanik berlawan hasil gabungan skrin sentuh di peranti mudah alih anda.
Assassin’s Creed Jade akan dilancarkan pada 20 Mac ini.

setahun yang lepas