Ketika pencipta Danganronpa mendapat pujian dengan The Hundred Line: Last Defense Academy, satu permainan video ciptaan beliau mengumumkan penutupan semalam.
Tribe Nine adalah projek dari Kodaka dan dibangunkan oleh Akatsuki Games.
Semalam Tribe Nine di laman rasmi Twitter/X membuat pengumuan penutupan server mereka yang akan ditutup sepenuhnya pada 27 November tahun ini.
[Important] End of Service Announcement
Thank you for your continued support of TRIBE NINE.
We regret to inform you that service for TRIBE NINE will be terminated on November 27th, 2025 JST.
Since the game’s launch, the development and operations teams have strived to provide… pic.twitter.com/KBxF3JKzKV
— TRIBE NINE Official (@tribenine_en) May 15, 2025
Walaupun dengan beta yang sangat berjaya, Tribe Nine tidak berjaya mengekalkan ramai pemain.
Antara punca penutupan Tribe Nine:
- Pelancaran yang sangat teruk dimana pemain tidak mempunyai cara untuk mendapatkan Enigma Entities dari daily quest.
- Bayaran semula kepada kesemua pemain yang mengeluarkan duit disebabkan perubahan rate pull (akibat terlalu rendah.)
- Taktik pemasaran yang sangat-sangat kurang efektif sehingga tidak ramai orang mengetahui kewujudan Tribe Nine.
- Komunikasi yang tidak jelas dengan pemain.
Tribe Nine mempunyai permainan dan sistem yang unik disamping aksi yang pantas dan memerlukan anda untuk bermain dengan baik.
Penceritaannya juga sangat menarik disamping rekaan dunia yang sangat unik lain daripada yang lain.
Pengedar permainan ini juga memberitahu pemain-pemain yang sudah membeli Enigma Entities (in-game currency) akan mendapat bayaran semula.
Hal ini membuatan orang ramai memberikan review negatif di Steam sejak pengumuman penutupannya.
Tribe Nine walaupun kecil mempunyai komuniti yang sangat berdedikasi untuk membantu tetapi apakan daya keputusan adalah di tangan pembangun.
Permainan ini akan membuka servernya sehingga 27 November sebelum ditutup.
Ramai mengharapkan Akatsuki Games menukarkkannya menjadi permainan video sepenuhnya tanpa fungsi gacha.
Satu lagi gacha kecundang disebabkan banyak kes salah urus.

setahun yang lepas