Acer Day 2024 kini kembali untuk kelapan dengan tema ‘AI’m Limitless’. Acara ini menggalakkan para pengguna untuk menerokai produk-produk terbaru Acer, semua direka untuk mempertingkatkan pengalaman para pengguna.
Ia menonjolkan produk-produk Acer diperbaik oleh AI yang membantu mendorong batasan teknologi dan memupuk idea kreatif dan kebolehan baru di kalangan penggunanya.
AI menjadi pengaruh yang penting di dalam kehidupan ramai, mengembangkan pelbagai kreativiti dan imaginasi. Acer mengenali perubahan ini dan berkomitmen untuk menyediakan alat-alat yang diperlukan pelbagai individu untuk menerokai kemungkinan yang tidak terbatas dan menghidupkan idea-idea mereka.
“Dalam usaha Acer yang berterusan untuk beralih kepada jenama gaya hidup, ia berdedikasi untuk mempertingkatkan pengalaman seharian melalui teknologi yang inovatif. Perayaan tahun ini bertujuan untuk menonjolkan kebolehan pelbagai produk Acer yang dikuasakan oleh AI dalam meningkatkan pengalaman para pengguna dan membuka kunci untuk peluang tanpa batas untuk kreativiti dan pencapaian,” ujar Andrew Hou, Presiden Operasi Rantau Pan Asia Pasifik, Acer.

Acer Day 2024 diadakan di ruang legar Plaza Low Yat pada hari ini. Pelbagai aktiviti, promosi dan flash sale diadakan untuk pengunjung. Yang menariknyaa, sehingga RM650,000 boleh ditebus oleh pelanggan termasuk kredit eWallet Touch ‘n Go sehingga RM300 untuk pembelian produk tertentu.

Tahun ini, jualan kilat menawarkan potongan harga sehingga 95%, dengan harga bermula dari RM1.99 untuk tetikus berwayar Acer, dan RM3.99 untuk tapak tetikus Vero yang diperbuat dari plastik PCR dan potongan harga sehingga RM3,600 untuk pembersih udara Acerpure Pro P3 dengan penderia CO2. Di masa yang sama, 50 pelanggan pertama yang beratur untuk Jualan Kilat Acer Day para 3 Ogos 2024 akan berpeluang untuk membeli sebuah Acerpure Pro P3 bernilai Rm5,599 dengan harga RM1 sahaja.
Untuk para pelanggan yang lebih suka pembelian atas talian, e-Kedai Acer menawar potongan harga sehingga RM500, tersedia dengan segera sehingga 30 September 2024. E-Kedai Acer juga akan mengadakan jualan kilat tersendiri, bermula dari 12 am tengah malam setiap Isnin dari 5 Ogos 2024 sehingga 15 September 2024.

Acer Malaysia juga memperkenalkan Acer Aspire Lite 14 edisi khas sempena Acer Day 2024. Dengan berat hanya 1.5kg, Aspire Lite 14 dilengkapkan dengan paparan IPS WQXGA+ 2.2k dengan nisbah aspek 16:10, menawarkan visual yang mengagumkan di harga yang berpatutan.

Aspire Lite 14 datang dengan pra-muatan Microsoft Office Home dan pelajar, dan jaminan selama 2 tahun dari Acer Malaysia. Harganya adalah RM 2,599. Para pelanggan boleh menikmati potongan harga tambahan sebanyak RM200 dan menebus RM150 kredit eWallet Touch ‘n Go sebagai ganjaran khas di Acer Day ini.
Untuk maklumat lanjut, sila melayari laman Facebook Acer malaysia @AcerMalaysia

setahun yang lepas