Acer Nitro KG241Y P3 adalah monitor 24 inci dengan resolusi FHD dan 180Hz refresh rate.

Foto: Says Tech
Monitor 1080p ini adalah antara yang paling berpatutan boleh didapati sekarang, hanya RM379.
Penulis berpeluang menggunakan monitor ini selama 3 minggu. Mari ikuti review ini.
Reka Bentuk

Foto: Says Tech
Monitor ini menggunakan panel vertical alignment (VA) di mana anda boleh mendapat kontras yang lebih baik di IPS walaupun dengan stand yang baik.
Dari segi bentuk, monitor ini boleh dikatakan sangat asas.
Malahan seperti monitor bajet yang lain, stand yang diberikan hanya mempunyai artikulasi dalam 25° ~ -5° sahaja; cukup untuk anda mengubah sudut monitor mendongak atau menunduk.
Acer juga ada menambah ruang untuk anda menyusun kabel monitor supaya lebih kemas.

Foto: Says Tech
Tambahan lagi, monitor ini juga mempunyai 1 port HDMI 2.0, 1 DisplayPort 1.2, bicu fon kepala dan DC barrel jack untuk monitor.

Foto: Says Tech
Spesifikasi
Anda boleh melihat spesifikasi penuh di laman rasmi ini.
- 23.8″ VA panel
- Resolusi 1920 x 1080 (16:9, HD penuh), 93 PPI
- Kadar segar semula 180Hz
- Pixel Response Time” 0.5ms
- Color Depth: 8-bit (16.7M colors)
- Fungsi HDR: HDR10.
- AMD Freesync Premium
- Pembesar Suara
Kelebihan Acer Nitro KG241Y P3

Foto: Says Tech
Sebagai gaming monitor bajet Acer Nitro KG241Y P3 menawarkan anda 180Hz yang memberikan anda masa sangat pantas untuk pixel dengan harga yang boleh dikatakan murah.
Monitor VA panel 180Hz kini menjadi monitor yang murah untuk dibeli jauh berbeza harganya ketika zaman monitor gaming bajet yang hanya ada 90Hz dan 144Hz dahulu.
Kewujudan pembesar suara terus dari monitor ini sangatlah berguna jika anda tidak mahu menggunakan fon kepala atau fon telinga.

Foto: Says Tech
Monitor ini juga sangat mudah untuk dipasang tanpa memerlukan apa-apa peralatan. Anda hanya perlu masukkan ke dalam slot yang anda.

Foto: Says Tech
Penyusunan kabel juga mudah untuk dibuat dengan menyembunyikannya di belakang stand dengan ruang yang diberikan. Ini akan membuatkan monitor tampak lebih kemas dari kabel yang banyak.
Tetapan untuk monitor ini juga sangat mudah untuk ditetapkan. Anda boleh menetapkan warna, kecerahan, kontras dan pelbagai lagi mengikut kesukaan anda sendiri.
Kekurangan Acer Nitro KG241Y P3

Foto: Says Tech
Sudah semestinya monitor bajet akan mempunyai kekurangan.
Dengan harga yang murah bersesuaian dengan panel yang diberikan, kadang-kadang panel ini menyukarkan anda jika digunakan dalam bilik yang terlalu terang disebabkan tahap keterangan monitor yang tidak terlalu tinggi.
Artikulasi untuk monitor ini juga tersangat terhad tetapi anda boleh membeli VESA mount untuk kemudahan anda sendiri.
Kualiti pembesar suara monitor ini mungkin tidak terlalu kuat tetapi kewujudan pembesar suara ini sangat memudahkan anda.
Kesimpulan

Foto: Says Tech
Acer Nitro KG241Y P3 adalah monitor gaming yang berharga RM379 dan sudah semestinya sangat murah jika dibandingkan dengan apa yang anda di pasaran.
Dengan harga ini sangatlah berpatutan dan patut digunakan oleh pengguna yang mahukan monitor berkualiti dan sesuai untuk para gamers yang mahu menggunakannya samada untuk PC, PlayStation 4/5, Xbox One dan Nintendo Switch.

setahun yang lepas