Peminat animasi, komik dan permainan (ACG), korang dah sedia?
AniManGaki kini kembali untuk edisi 2023! Kali ini mereka mempunyai beberapa tetamu istimewa seperti Hakken, Yusuke Kozaki, Keisuke Ito dan ramai lagi.
Buat edisi kali ini, ia akan diadakan di MINES Convention Centre bermula Jumaat hingga Ahad ini.



Selain itu, mereka juga menjemput kumpulan wanita popular di Jepun, JKT48, sister group kepada AKB48. Kumpulan ini sangat popular di Asia Tenggara terutamanya Indonesia.

Antara aktiviti yang disertakan nanti termasuklah booth, cosplay, maid cafe, persembahan artis dan banyak lagi.
Jangan lupa untuk ke booth tetamu jemputan lain ini.



Di bawah adalah senarai F&B yang akan berada di AniManGaki 2023 dan juga senarai artis dan artis komik yang hadir membuka booth.




Bagi anda yang meminati permainan video, Sky: Children of Light akan mengadakan konvensyen Asia Tenggara pertama mereka dan banyak hadiah menarik boleh dibawa pulang.

ComixWave Films juga akan hadir ke AniManGaki kali ini.


setahun yang lepas