AniManGaki kembali tahun ini dengan lebih banyak tarikan baharu!

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

AniManGaki (AMG) acara menyambut animasi, komik, dan permainan video (ACG) kini kembali untuk tahun ini.

Acara ini akan bermula pada 23 Ogos – 25 Ogos ini di Mines International Convention Centre (MIECC).

Tiket AMG boleh didapati di laman rasmi ini.

Dengan bertemakan “dari peminat, buat peminat” AMG mengumpulkan ribuan peminat anime, cosplayers, pemain game, fandoms, dan peminat budaya Geek di Malaysia.

Terdapat pelbagai aktiviti yang akan dijalankan seperti Artist & Cosplay Alley, persembahan cosplay, jemputan khas, persembahan pentas dan pelbagai lagi acara lain!

Bukan itu saja, kumpulan idol popular JKT48 juga akan hadir ke AniManGaki 2024 buat kali kedua.

Mereka adalah kumpulan idol dari Indonesia yang sangat popular dan terkenal dengan lagu Rapsodi, Magic Hour, Heavy Rotation dan lain-lain.

JKT48 akan melakukan persembahan secara langsung di AMG2024 nanti.

Selain itu, artis manga dan pengilustrasi popular, Miwa Shirow juga akan hadir ke AMG2024.

Miwa Shirow dikenali ramai dengan ilustrasinya untuk RWBY, DOGS/BULLET&CARNAGE, Dogs: Stray Dogs Howling in the Dark dan ilustrasi untuk Touken Ranbu, Fate/Grand order dan lain-lain.

Akan terdapat satu sesi melukis yang akan dijalankan oleh Miwa Shirow di AMG2024.

Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman rasmi AMG, Instagram AMG dan Facebook AMG.

RELATED NEWS

+