Asus perkenal kaca mata gaming ROG Xreal R1

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Asus baru sahaja mendedahkan inovasi terbaru di Consumer Electronics Show 2026 (CES) iaitu Asus ROG Xreal R1.

Produk ini adalah cermin mata Extended Reality (XR) yang membolehkan pengguna bermain permainan kegemaran mereka malalui paparan maya yang besar tidak mengira peranti.

Asus ROG Xreal R1

  • Paparan Visual: Kanta micro-OLED 1080p dengan refresh rate 240Hz
  • Skrin Virtual: Skrin maya bersaiz 171 inci pada jarak 4 meter dengan medan penglihatan 57 darjah.
  • Boleh disambungkan dengan mudah ke komputer riba, PC, atau ROG Ally dengan kabel USB-C.
  • Pembesar suara daripada Bose.
  • Berat hanya 91 gram dengan ciri automatic tint untuk melaraskan cahaya persekitaran.

Foto: ASUS Pressroom

Kaca mata ini juga akan datang bersama-sama ROG Control Dock untuk HDMI dan DisplayPort. ROG Ally akan menggunakan USB-C.

Asus masih belum mengumumkan tarikh rasmi pelancaran Asus ROG Xreal R1 tetapi dijangka akan dilancarkan pertengahan tahun ini.

RELATED NEWS

+