Augran atau Da Siming adalah hero terbaru yang akan dilancarkan di Honor of Kings nanti.
Hero ini adalah hero jungle range dengan skill unik yang membolehkannya berjalan merentasi pelbagai halangan di samping auto attack yang membuat damage berterusan.
Skill Augran
Skill Pasif: Ming Ge
Augran mempunyai skill pasif yang membuatkan Auto Attack yang berterusan di dalam lingkungan auranya.
Damage ini akan meningkat mengikut masa menyerang.
Lebih lama Auto Attack berlaku lebih kuat damage yang akan diberikan.
Skill 1: Way of Death
Skill 1 ini memberi Augran kelebihan untuk berjalan terus tanpa menghiraukan halangan dalam satu garisan lurus dan memberikan Movement Speed kepadanya.
Dia boleh menyeberang apa-apa halangan yang ada di peta selagi wujudnya skill ini.
Terdapat satu pedang yang akan muncul di hujung skill ini dimana jika diambil oleh Augran dia akan mendapat damage tambahan.
Skill 2: Silent Weapon
Silent Weapon adalah Area of Effect (AoE) yang mengenakan damage termasuk slow kepada musuh.
Untuk setiap musuh yang terkena skill ini, Auto Attack Augran akan menyerang kesemua musuh yang terkena dengan skill ini.
Ultimate: Master of Souls
Master of Soul membuatkan Augran melompat ke atas dan menghentam musuh untuk mengenakan damage.
Selepas mendarat satu shockwave akan menyerang kesemua musuh yang terkena.
Augran juga akan mendapat shield yang bertahan selama lapan saat.
Tambahan lagi, bagi setiap musuh yang terkena, Augran akan mencipta satu spirit copy yang akan menyerang musuh.
Augran akan dilancarkan pada 27 Julai ini dan anda boleh mendapatkannya secara percuma hanya dengan log masuk ke Honor of Kings.
Hero ini percuma untuk sambutan 1st Month Celebration Perks Round 2.
Gambar dari Honor of Kings

setahun yang lepas