KPL Grand Final 2025 pecah rekod dunia dengan kehadiran 62,196 penonton

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Honor of Kings (HOK) akhirnya menutup tirai Grand Finals mereka semalam.

Acara berprestij HOK, King Pro League (KPL) 2025 kini mencatat sejarah Guinness World Record ketika Grand Finals.

Acara penutup dianjurkan di Stadium Nasional China dan berjaya mencapai 62,196 penonton sekaligus menjadikan ini acara esukan paling ramai penonton yang hadir.

Image

Difahamkan, stadium ituboleh menampung sehingga 80,000 jumlah penonton.

Juara untuk KPL 2025 kali ini ialah AG Super Play dengan kemenangan 4-1 ke atas Dragon Ranger Gaming.

Foto: hok_global_esports (Instagram)

AG Super Play membawa pulang ¥20,000,000 (RM 11.7 juta) dan merupakan antara hadiah juara terbesar dalam dunia esukan.

Beberapa minggu lepas, Honor of Kings menyambut ulangtahun ke-10 mereka dan ramai peminat-peminat HOK dapat pelbagai ganjaran menarik dalam permainan.

Acara besar seterusnya buat HOK ialah International Championship (KIC) 2025 pada pertengahan bulan ini di Filipina.

RELATED NEWS

+