Avatar Legends: The Fighting Game – Game berlawan pertama francais Avatar

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Avatar Legends: The Fighting Game baru sahaja ditayangkan di New York Comic Con (NYCC) tahun ini semalam.

Ini adalah permainan video pertama francais Avatar untuk genre berlawan.

Permainan ini akan memperkenalkan watak-watak terkenal dari Avatar The Last Airbender dan The Legend of Korra.

Dibangunkan oleh Gameplay Group International dan Paramount menggunakan watak-watak Avatar yang dilukis tangan dan hasil seni 2D yang cantik ketika berlawan.

Antara karakter yang diperkenalkan ialah Avatar Aang, Avatar Korra, Zuko, Azula, Toph, Sokka dan ramai lagi watak lain.

Foto: Gameplay Group International

Game ini akan memperkenalkan “Flow System” untuk pergerakan lebih dinamik. Model mengikut musim juga akan ditambah dimana setiap musim mempunyai aspek dan kelengkapan yang berubah-ubah.

Foto: Gameplay Group International

Avatar Legends: The Fighting Game akan dilancarkan pada musim panas tahun 2026 nanti di pelantar  Steam, PlayStation 4 (PS4), PlayStation 5 (PS5), Xbox Series X|S, dan Nintendo Switch 2.

RELATED NEWS

+