Pemain Granblue Fantasy Versus Rising terlalu ‘power’ sehingga diharamkan dari game itu

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Ryazo adalah salah seorang pemain Granblue Fantasy Versus Rising (GBFVR) paling hebat dalam dunia.

Baru-baru ini akaunnya diharamkan selepas berjaya mendapat rank paling tinggi dengan karakter Anila iaitu salah satu karakter yang dianggap paling teruk dalam game itu.

Dalam GBFVR, rank Grand Master dan 10 ribu crystal adalah rank maksima yang anda boleh capai dan Ryazo berjaya mencapai rekod ini.

Pada mulanya dia hanya membuat cabaran ini hanya untuk suka-suka dan membuktikan karakter paling teruk juga masih boleh naik ke rank tinggi.

Anila adalah karakter yang lemah untuk GBVSR kerana sangat mudah untuk dihukum pemain lawan jika anda membuat banyak kesilapan. Semua pergerakan Anila adalah berisiko tinggi dan risiko yang anda dapat tidak memberi manfaat yang kecil sahaja.

Foto: Cygames

Ryazo akhirnya berjaya mendapat 10 ribu crystals dan dia diharamkan dari GBVSR tidak lama kemudian.

Dia mencuba untuk mendapatkan akaunnya kembali tetapi masih tidak berjaya.

Salah satu pertandingan terbesar permainan video lawan juga menganjurkan pertandingan sebagai peringatan untuk Ryazo yang diharamkan dari bermain GBVSR.

Malah pelakon suara Anila juga mengucapkan ‘maaf’ kepada Ryazo.

Perkara ini mungkin berlaku disebabkan sistem yang digunakan Cygames mendapati Ryazo mendapat ranking tinggi dengan terlalu cepat sekaligus mengharamkan akaunnya terus.

Setakat ini akaun Ryazo masih belum diberikan semula oleh Cygames.

RELATED NEWS

+