Bekalan elektrik terputus, dua pemain Ultra Legends main MPL MENA dari dalam kereta

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Bermain perlawanan Liga Profesional MLBB (MPL) MENA di dalam kereta disebabkan terputusnya bekalan elektrik di kediaman adalah suatu pengalaman yang boleh dikatakan tak pernah dialami oleh sesiapa pun.

Bagi Ultra Legends yang juga juara MPL MENA musim ketujuh dan layak ke Piala Pertengahan Musim (MSC) 2025 di Piala Dunia Esukan (EWC) 25, pengalaman ini dianggap kelakar kerana mereka hanya menggunakan mobile data sahaja.

Semasa perlawanan akhir Upper Bracket yang dimenangi, mereka terpaksa bermain dari dalam kereta kerana tiada bekalan elektrik di rumah. Musim panas di Mesir memang sangat panas, jadi ramai orang guna penghawa dingin.

Disebabkan permintaan elektrik yang tinggi, pihak berkuasa terpaksa memutuskan bekalan elektrik di beberapa kawasan secara bergilir-gilir untuk mengurangkan beban.

Darklord

“Ketika pusingan lower bracket final, dua pemain kami perlu bermain dalam kereta. Situasinya sangat kelakar.

“Bekalan elektrik terputus itu terjadi kepada Darklord dan Pharaoh ketika kami dalam fasa drafting jadi mereka ada masa untuk ‘lari’ ke dalam kereta dan main.

“Mereka memandu dan melakukan pusingan untuk dapatkan signal yang baik. Kami berjaya menetapkan fokus dan bermain dengan baik untuk perlawanan ini,” kata Ultra Legends ketika dihubungi MyGameOn.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by @mlbbesportsmena

Pada game kelima, Ultra Legends menghadapi tekanan kerana ia merupakan perlawanan akhir yang penting ke atas Twisted Minds.

“Kami menunjukkan salah satu hero rahsia iaitu Yi Sun-Shin. Kami banyak berlatih menggunakannya dan ia mengejutkan pihak lawan jadi cheese pick ini sedikit sebanyak membuatkan kami berjaya menewaskan Twisted Minds,” katanya.

Meskipun Ultra Legends terdiri daripada tiga orang pemain yang tiada pengalaman MPL, namun ia bukan menjadi penghalang untuk bergelar juara.

“Kami tak kisah pun, sejujurnya. Walaupun pengalaman memainkan peranan tapi kami percaya boleh kalahkan siapa saja dan fokus kepada gaya permainan kami. Ini yang membuatkan kami berjaya melangkah jauh ke tahap ini dan berharap ia dapat diteruskan di Riyadh, bulan depan,” katanya.

Ultra Legends juga menyimpan harapan untuk liga diadakan secara offline terutamanya Playoffs jadi mereka boleh bermain di lokasi acara dan di hadapan peminat. 

“Hadiah wang terkumpul juga dikurangkan musim ini jadi ia tidak memadai dengan usaha ditunjukkan oleh penganjur.

“Kami berharap dapat lakukan yang terbaik di EWC 25. Satu game setiap masa dan berharap keputusan berpihak kepada kami,” katanya mengakhiri perbualan.

RELATED NEWS

+