Silent Hill f adalah entri terbaru francais Silent Hill oleh Konami.
Pada 14 Mac lepas, Jabatan Komunikasi dan Seni kerajaan Australia tidak mahu untuk mengklasifikasikan status rating Silent Hill f.
Rating RC ini diberikan untuk mana-mana filem atau permainan video yang melebihi R18+ atau X18+ di Australia.

Rating dari Australia meletakkan Mature 17+ ESRB dimana pemain akan berjumpa dengan muka yang dihancurkan dan leher yang dicucuk. Terdapat juga karakter yang dibakar hidup-hidup di dalam sangkar dan wanita yang ditanda dengan besi panas.
Australia diketahui umum sebagai negara yang menghalang mana-mana filem dan permainan video yang menunjukkan kekejaman atau gore terutamanya membabitkan perkara seksual atau individu bawah umur.

Foto: Konami
Ini bukan pertama kali permainan video Silent Hill diharamkan oleh sesebuah negara.
Konami sendiri memberi amaran Silent Hill f mempunyai penggambaran diskriminasi jantina, penderaan kanak-kanak, pembulian, halusinasi akibat dadah, penderaan dan kekejaman grafik.
Silent Hill f akan dilancarkan pada suku ketiga atau ke-empat tahun ini.

setahun yang lepas