Seorang lelaki diserang dan dirompak akibat kad Charizard bernilai RM 21.6 ribu

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Nilai kad Pokemon TCG kini melonjak sehingga menjadi ribuan mahal iaitu ratusan ribu Dolar Amerika.

Kad Pokemon TCG sedang mengalami masalah yang sangat mengjengkelkan terutama untuk pemain dan juga peminat Pokemon TCG.

Produk baharu adalah sangat-sangat sukar untuk dibeli disebabkan scalper (penjual semula dengan harga lebih tinggi) yang “merompak” kesemua stok yang ada semata-mata untuk mendapatkan keuntungan. Disebabkan orang-orang sebegini stok Pokemon TCG menjadi tersangat terhad walaupun sudah dicetak dengan banyak sekali.

Foto: Nintendo, Creatures, GAMEFREAK

Kad-kad lama Pokemon TCG pula ada yang masih melonjak nilainya terutama kad ikonik Charizard.

Disebabkan harga sebegini seorang lelaki Australia sudah dibelasah dan dirompak di satu lot tempat letak kereta untuk kad Charizard bernilai AS$ 5 ribu (RM 21.6 ribu).

Lelaki berusia 38 tahun ini hanya mahu menjual Base Set (unlimited) holo Charizard PSA9 kepada orang yang baru saja dijumpainya di tempat letak kereta di Warilla.

Menurut laporan dari ABC, lelaki tersebut sebaliknya diserang oleh orang yang kononnya mahu membeli kad Charizard. 

Penjenayah itu menyerang dan mencuri kad itu sebelum melarikan diri menaiki kereta miliknya.

Tambahan daripada laporan polis New South Wales, perkara ini berlaku pada 28 Mac lepas dan polis kini sedang memerlukan bantuan untuk mengenal pasti jenis kereta yang ditangkap gambar meninggalkan tempat kejadian.

Polis New South Wales juga ada membuat ciapan di Twitter/X mengenai perkara ini.

Rompakan kad Pokemon TCG kini menjadi-jadi dan semakin merisaukan.

Sudah banyak kedai kad serata dunia merasai masalah ini sekarang.

RELATED NEWS

+