Bleach: Rebirth of Souls permainan video baharu Bleach

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Bandai Namco semalam berkongsi permainan Bleach: Rebirth of Souls yang menunjukkan Ichigo berlawan dengan Byakuya.

Permainan ini adalah permainan video Bleach paling besar sejak Soul Resurreccion pada tahun 2011 lepas.

Bleach: Rebirth of Souls memperkenalkan sistem baharu untuk genre fighter arena ini.

Setiap perlawanan mempunyai struktur mereka sendiri di mana pemain perlu mengurangkan Reishi Gauge musuh dengan basic attack untuk membolehkan karakter anda membuat kuasa yang lebih kuat dengan mengurangkan Konpaku musuh.

Setiap karakter akan mendapat sembilan Konpaku yang akan berkurang setiap kali anda mengurangkan Reishi Gauge musuh.

Perlawanan dalam Bleach kali ini mempunyai sinematik yang menarik di sambing berlawan di pentas yang berbeza-beza.

Bleach: Rebirth of Souls hanya akan dilancarkan untuk pelantar konsol sahaja setakat ini.

RELATED NEWS

+