Brighter Shores adalah MMO baharu yang dibangunkan oleh Andrew Gower, bekas pencipta RuneScape dan pasukannya Fen Research.
MMO ini dibangunkan sebagai penyambung legasi RuneScape.
Brighter Shores mempunyai gaya isometrik seperti RuneScape dan kelihatan seperti tabletop RPG Dungeons & Dragon atau Pathfinder.
Pemain juga boleh menaikkan level pekerjaan mereka secara pasif walaupun sedikit lambat dari biasa.

Foto: Brighter Shores
Anda juga boleh berlawan dengan banyak raksasa kuat atau hanya lepak bersama-sama rakan di bandar, sambil memasak atau membuat banyak aktiviti lain.

Foto: Brighter Shores
Antara yang paling penting adalah memancing yang sentiasa menjadi tarikan buat peminat MMO.

Foto: Brighter Shores
Dalam dunia Adothria ini, setiap pemain pasti akan dapat mempunyai aktiviti untuk dilakukan bersama.
Brighter Shores kini dalam fasa akses awal di Steam secara percuma.

setahun yang lepas