Hakim mahkamah UK menetapkan mencuri gold di Old School RuneScape boleh dikira sebagai kecurian sebenar kerana nilainya.
Dillaporkan oleh PCGamer, ini bukan pertama kali kes mencuri gold telah dilaksanakan oleh bekas staf Jagex.
Kes ini melibatkan bekas staf RuneScape yang dituduh menggodam lebih 68 akaun pemain dan mencuri lebih bilion gold yang kemudiannya dijual untuk mendapatkan Bitcoin.
Jagex pembangun RuneScape mengatakan jumlah kecurian tersebut bernilai lebih AS$700 ribu (RM2.78 juta).

Foto: Jagex
Dalam kes dokumen ini, Ketua Hakim Popplewell mengatkan ‘gold’ sebagai kekayaan harta boleh dimasukkan di dalam Akte Kecurian 1968.
Keputusan dan penjelasan telah dibuat dan Popplewell mengetahui proses untuk mendapat gold boleh memakan masa yang lama dan secara konklusinya, gold yang dicuri dan dijual untuk Bitcoin dikelaskan sebagai kes curi.

setahun yang lepas